Gunung Runtuh

BEIJING – Lebih 100 orang tertimbus hidup-hidup dalam bencana tanah runtuh di China, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Agensi, media China melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 40 kediaman di perkampungan Xinmo turut musnah dalam bencana alam itu yang menimpa Daerah Mao­xian, wilayah Sichuan.

Pemerintah tempatan berkata, semua kediaman itu tertimbus selepas lereng sebuah gunung runtuh dan menimbus laluan air sepanjang 2 kilometer di sebatang sungai.

Laporan Xinhua menyatakan, sebahagian gunung berkenaan yang terletak di Tibet dan Wilayah Autonomi Aba telah runtuh, lapor Kosmo.

Insiden itu dilaporkan berlaku akibat hujan lebat yang turun sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

Bantuan kecemasan untuk bencana alam dahsyat itu sedang dikerahkan.

“Seluruh kampung musnah, semuanya tertimbus,” kata seorang lelaki dalam satu rakaman video yang disiarkan akhbar tempatan, Sichuan Daily.

Stesen televisyen China, CCTV pula melaporkan, seramai 400 anggota penyelamat termasuk polis terlibat dalam usaha menyelamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.