Pergi Bazar Jangan Pakai Seksi, Pesan Rani Kulup

KUALA LUMPUR – “Pergi bazar Ramadan, jangan pakai seksi-seksi”, pesan personaliti media sosial, Abdul Rani Kulup.

 

Melalui sebuah video yang dikongsi oleh laman Suria FM di Facebook, Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah muncul dalam stesen radio Suria FM pagi tadi.

 

Popular dengan hashtag #kipidap, Ayah tampil memberi beberapa nasihat sempena bulan Ramadan dan persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung untuk beraya.

 

“Pertama sekali musim perayaan ramai yang nak balik kampung, jangan di atas jalan raya berlumba, nak test motor, kereta, lori, bas. Baspun berlumba.. ini sangat kurang ajar, ini melibatkan nyawa orang lain.

 

“Kita mahu raya tahun ini sifar kemalangan jalan raya dan pastikan kepada penumpang bas, kalau engkau tengok bas tu laju, engkau (penumpang) ada 40 orang belasah (tegur) je pemandu tu.

 

“Ini melibatkan nyawa, kita tidak mahu kemalangan berlaku.. sedih dengan keadaan ini bila buka surat khabar.

 

“Yang nak pergi bazar Ramadan jangan pakai seksi-seksi, tutuplah sekejap.. batal puasa pakcik-pakcik tua”, ujarnya sambil diiringi gelak ketawa daripada deejay Adibah Noor.

 

Video berkenaan sehingga kini telah ditonton oleh 96,421 dan rata-ratanya menganggap pesanan yang dibuat oleh Ayah adalah realiti dalam kehidupan kini.

 

 

“Walaupun ayah Kulup (Rani) ini lawak tahap antarabangsa namun apa yang disampaikan mempunyai mesej berguna kepada masyarakat,” tulis Min Amore.

 

“Yang penting pesanan dia semua betul. Dalam bas ada 40 orang, pemandu bawa laju yang 40 orang tak berani tegur,” kata Cangkui Lagend. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.