Mahathir ‘Hilang’ Di PWTC: Lampu Rosak Bukan Sabotaj

Kuala Lumpur – Sumber UMNO menafikan dakwaan kononnya pihak pengurusan sengaja ‘menghilangkan’ gambar mantan Presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata pihaknya telah menghubungi kakitangan teknikal bangunan ibu pejabat UMNO dan mengesahkan lampu gambar tersebut mengalami kerosakkan sehingga menyebabkan gambar tersebut hilang dari pandangan.

 

“Saya dah hubungi mereka (kakitangan teknikal) dan mereka memaklumkan lampu gambar tersebut rosak.

 

“Tiada sebarang unsur sabotaj seperti yang dihebahkan di dalam media-media sosial” katanya kepada SuaraTV.

 

Para penyokong Tun Dr Mahathir sebelum ini mendakwa ‘kehilangan’ gambar tersebut adalah merupakan sabotaj dan satu tindakan untuk menghina negawaran tersebut.

 

Isu mengenai ‘kehilangan’ gambar tersebut, kemudianya disebarkan di media-media sosial.

 

Menurut sumber itu lagi, perkara tersebut sengaja dibesar-besarkan bagi untuk menarik simpati dan mewujudkan kemarahan masyarakat.

 

“Isu ini ayat tidak perlu dibesarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan kemarahan masyarakat kononnya pengurusan ibu pejabat UMNO sengaja menghilangkan gambar tersebut.

 

Lampu yang rosak itu kemudiannya telah ditukarkan tidak lama kemudian.

 

“Sedangkan pada hakikatnya, gambar tersebut masih berada disitu namun disebabkan lampunya secara kebetulan rosak, ia kelihatan seperti hilang. Pada saya mereka terdesak dan sengaja mengunakan isu-isu remeh seperti ini untuk menyerang UMNO dan kerajaan.” katanya lagi.

 

Portal Malaysiakini sebelum ini turut mengunakan isu tersebut dengan mengunakan tajuk sensasi bagi menarik perhatian pembaca.

 

Mahathir hilang 1

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.