Lampu Potret Tun M Bukan Sengaja Dipadamkan – KJ

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menolak andaian lampu pada potret bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dipadamkan dengan sengaja.

 

Katanya, beliau percaya keadaan itu berlaku disebabkan masalah teknikal atau kerosakan pada fius lampu.

 

Menteri Belia dan Sukan itu menganggap perkara itu sengaja diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

“Takkanlah kita dengan sengaja padamkan lampu pada gambar Tun Mahathir. Itu tak masuk akal,” katanya ketika mengulas penyebaran dalam media sosial yang memaparkan potret tujuh orang Presiden UMNO yang diterangi lampu, kecuali Dr Mahathir.

 

Potret berkenaan terletak di hadapan Dewan Tun Razak, PWTC.

 

Khairy ditemui media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara kementeriannya dengan Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.