Korea Panggil Balik 24,808 Kenderaan Guna Beg Udara Takata

SEOUL – Kementerian Pengangkutan Korea Selatan hari ini mengarahkan empat syarikat automotif untuk memanggil balik sejumlah 24,808 kenderaan yang mungkin menggunakan beg udara tidak sempurna yang dikeluarkan Takata Corp.

 

Mengikut kementerian itu dalam satu kenyataan, panggilan balik itu membabitkan model Honda CRV dan Accord yang dikeluarkan antara 2003 dan 2008, Chrysler 300C keluaran Fiat Chrysler Automobiles serta kenderaan keluaran Renault SA dan Ford.

 

Takata kini terpaksa menanggung panggilan balik berjuta kenderaan di seluruh dunia kerana kecacatan dalam rekaan menyebabkan pencetus membuka beg udara dengan tenaga yang terlalu kuat dan cepat serta menebarkan serpihan logam berbahaya yang mencederakan pengguna.

 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takata, Shigehisa Takada akan membuat sidang media khas petang ini.

 

Ia adalah penampilan pertama Takada, cucu pengasas syarikat itu, sejak krisis itu muncul tahun lalu. Kecacatan rekaan peledak membuka beg udara itu dikaitkan dengan lapan kematian setakat ini, termasuk satu di Malaysia dan lebih 100 kecederaan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.