Kebakaran Kilang Karpet Belum Padam Sepenuhnya

NILAI – Selepas kira-kira 15 jam, kebakaran Kilang Karpet Prima di Nilai 3 di sini, masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya.

 

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Johari Ahmad, berkata masih terdapat sisa kebakaran yang belum dapat dipadamkan di beberapa bahagian kilang itu.

 

Katanya, konkrit besi bangunan yang runtuh menyebabkan anggota Bomba tidak dapat memasuki bahagian kilang yang masih terbakar.

 

“Keadaan di kilang ini seperti kebakaran di pusat pelupusan sampah atau paya gambut kerana bahagian bawah, iaitu karpet masih ada yang terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini.

 

Kebakaran kilang yang juga mempunyai ruang pameran karpet terbesar di sini, berlaku kira-kira jam 6.40 petang semalam. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.