Bomba Selamatkan Anak Kucing Tersangkut Dalam Batang Paip

KUALA LUMPUR – Tiada tugas dianggap kecil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika menghabiskan masa 20 minit hari ini, semata-mata untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang kepalanya tersangkut dalam batang paip.

 

Menurut Jabatan Bomba Selangor, satu panggilan diterima pada jam 12.55 tengah hari memberitahu tragedi yang berlaku, dan kurang dari lima minit, anggota dari balai di Sungai Pinang tiba di sebuah rumah di Klang untuk membebaskan haiwan kecil kesayangan Rasulullah SAW.

 

“Kucing berusia berusia lapan bulan terperangkap di dalam longkang, jadi pegawai kami terus memecahkan simen dan kemudian dengan perlahan mengeluarkan kepala kucing itu dari batang paip.

 

“Keseluruhannya misi menyelamat itu mengambil masa 20 minit,” kata jabatan itu melalui satu kenyataan.

 

Anak kucing itu kemudian diserahkan kepada pemiliknya yang rumahnya berdekatan longkang berkenaan.

 

Ini bukan pertama kali anggota bomba dipanggil untuk membantu haiwan peliharaan.

 

Februari lalu, anggota bomba dari balai Ampang terpaksa turun ke longkang sedalam tiga meter di Taman Kosas Ampang untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di situ.

 

Awal bulan yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berusaha menyelamatkan seekor tapir yang terperangkap di dalam longkang. – TRP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.