Panggilan itu dibuat daripada kokpit kepada pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kurang sejam selepas pesawat itu berlepas. 

Pesawat Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan tiada kesan serpihan dijumpai walaupun usaha mencari di peringkat antarabangsa diteruskan.

Geoff Taylor, timbalan editor Waikato Times di New Zealand, berkata beliau dan penulis bersama, Ewan Wilson bercakap dengan adik ipar Zaharie, Asuad Khan di Pulau Pinang dan kemudian dengan isteri Zaharie yang berusia 53 tahun.

Asuad pada mulanya menyatakan suara itu bukan suara abang iparnya tetapi kemudian apabila beliau menghubungi kakaknya, Faizah, di hadapan wartawan berkenaan, Faizah mengesahkan bahawa suara itu adalah suara suaminya. 

“Dalam tempoh lebih tiga bulan sejak penerbangan itu hilang, tiada sesiapapun dalam media yang berjaya mendapatkan isteri Zaharie,” Taylor memberitahu Waikato Times.