Teruja Tengok Menteri Masak, Wanita Cuba Resepi Gulai Ikan Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Teruja melihat Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memasak gulai ikan, seorang wanita bertindak menghubungi Menteri Pertahanan Malaysia itu Facebook bagi mendapatkan resepi.

Menurut Zalina Yahaya usaha yang dilakukan itu berbaloi apabila tidak lama selepas itu dia telah dihubungi oleh salah seorang pegawai Mat Sabu untuk memberikannya resepi gulai ikan yang ditulis sendiri oleh Ahli Parlimen Kota Raja itu.

“Yahooo…dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.

“YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.

“Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan Wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu, ujar wanita itu di Facebooknya.

‘Gulai Ikan Mat Sabu’ menjadi trending selepas video bual bicaranya bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng viral di media sosial.

Tidak cukup dengan itu, rakaman klip videonya masuk dapur juga viral apabila turut dikongsi oleh ramai netizen.

Menurut Zalina lagi, setelah mencuba resepi tersebut, ternyata resipi ‘Gulai Ikan Mat Sabu’ itu sedap kerana kuahnya pekat.

“Fuhhh… hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat.

“Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap,” ujarnya lagi. – SuaraTV

Berikut adalah resipi ‘Gulai Ikan Mat Sabu’ yang dikongsikan oleh Zalina.

1. Tumis:
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
Halba campur
Daun kari.

2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.

3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.

4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)

5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.

Tqvm YB Mat Sabu. Selamat mencuba dan Selamat berbuka puasa semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.