Penyokong PH Takut Ketibaan Hari Rabu, Risau Lebih Ramai Kakitangan Awam Kena Buang Kerja

KUALA LUMPUR – Salah seorang penyokong Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa gusar berhubung pendekatan kerajaan yang bertindak menutup beberapa agensi bagi mengurangkan perbelanjaan.

Herman Haassan melalui laman Facebooknya turut melahirkan harapan agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengotakan janji untuk tidak membuang kakitangan awam peringkatan bawahan.

“Dulu masa BN memerintah kita risau bila hari Rabu takut minyak naik. Tapi sekarang Pakatan Harapan memerintah hari Rabu pun kita jadi cuak juga sebab takut apa lagi agensi kerajaan yang PM umum nak dihapuskan.

“Saya sebagai penyokong Tun Dr Mahathir amat berharap yang Tun mengotakan janji semasa sidang media beberapa hari selepas Tun angkat sumpah jadi PM untuk mengekalkan dengan memindahkan kakitangan kerajaan yang bukan lantikan politik bergaji rendah seperti kerani dan pemandu ke agensi lain walaupun mereka berstatus kontrak dimana agensi tempat mereka bekerja selama ini telah diumumkan penutupannya.

“Ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) kena tengok benda ini jangan main buang saja semua kakitangan,” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Tinjauan yang dilakukan di ruangan komen mendapati, rata-rata kenalan Herman turut bersetuju dengan kenyataan tersebut bagi mengelakkan kemarahan rakyat kepada kerajaan PH.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini turut melahirkan rasa sedih di atas tindakan Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak menyambung kontrak 3,075 penggerak masyarakat di Kelantan, terdiri daripada guru al-Quran.

Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penggerak masyarakat ini ditamatkan kontrak mereka seminggu selepas Kerajaan Persekutuan baharu ditubuhkan.

Katanya beliau memahami dasar Kerajaan Persekutuan namun pada masa yang sama perlu melihat peranan golongan penggerak masyarakat ini yang kebanyakannya merupakan mereka yang berada di bawah garis kemiskinan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.