Berebut Kuasa Sama Sendiri, Antara Punca Anak Muda Tolak UMNO, Kata Ketua Puteri

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan sikap pemimpin Umno yang gemar berebut kuasa sesama sendiri menjadi antara punca golongan muda di negara ini menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 14 (PRU14) yang lalu.

Menurutnya kemelut politik yang berlaku di Perlis adalah antara contoh sambil menggesa pemimpin parti itu untuk segera berubah.

‪”Negeri sebesar daerah tapi ada DUN, MB, Ahli Parlimen dikalangan UMNO dan ada Raja, Perlis sepatutnya sepakat.

‪”Tapi disebabkan sikap berebut kuasa (sesama sendiri) yg tak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dgn UMNO #berubahlah,” tegasnya melalu status di Facebook sebentar tadi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata bersetuju dengan kenyataan ahli parlimen Masjid Tanah itu sambil menyifatkan tindakan tersebut akan menyebabkan UMNO semakin rosak dan ditinggalkan.

Terdahulu Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa dukacita dengan keadaan politik di negeri itu berhubung pemilihan menteri besar.

Tuanku Syed Sirajuddin turut bertitah sehingga semalam, baginda mempunyai dua nama dalam senarai pendek untuk dilantik menteri besar iaitu Datuk Seri Azlan Man dan Datuk Ismail Kassim, adik kepada pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Raja Perlis bertitah baginda tidak mahu mana-mana individu yang dilantik sebagai menteri besar menjadi boneka dan dikawal oleh ‘kuasa luar’.

Shahidan kemudianya memaklumkan, Azlan yang baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis telah dipecat sebagai ahli UMNO kerana ingkar arahan parti.

Menurutnya keputusan tersebut telah dibuat tetapi masih menunggu pengumuman rasmi daripada Umno Pusat sambil menyifatkan pelantikan Azlan sebagai tidak adil kerana pelantikannya tidak mendapat sokongan majoriti.

Shahidan sebelum ini menamakan adiknya, Datuk Ismail Kassim sebagai calon Menteri Besar baharu.

Pada PRU14 lalu, BN memperoleh 10 kerusi Dun, Pakatan Harapan (3) dan Pas (2) untuk Perlis. – SuaraTV

One thought on “Berebut Kuasa Sama Sendiri, Antara Punca Anak Muda Tolak UMNO, Kata Ketua Puteri

  • October 2, 2018 at 8:55 pm
    Permalink

    baru nk sedar ker? dari dulu dulu dulu lagi da mcm2 pun???? usah tangis sedih hati dukalara… da rosak teruk pun!! bongkak takbur mainan korang dulu!! bye bye..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.