Aktivis Politik Maki Hamun Agong, Raja Perlis Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Aktivis Politik, Ali Abd Jalil sekali lagi bertindak di luar batasan apabila mengunakan akaun media sosialnya untuk mengutuk dan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Terbaru Ali dilihat mengeluarkan kata-kata cacian dan makian terhadap Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja Perlis, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Agong kena sedar sapa diri dia.. lu punya periuk nasik pon harap cukai rakyat,lagi mau tunjuk langsi sama rakyat Malaysia?

“Ni satu lagi puk** sultan Perlis.. tak padan dengan buncit hasil mentekedarah cukai rakyat, bole pulak dok murka ikut suka hati dia…,” ujarnya melalui status yang di muatnaik di laman Facebook.

Tindakan Ali kemudianya dibidas oleh pengguna media sosial sambil menyifatkan dia sebagai bacul dan penakut kerana tidak berani untuk pulang ke Malaysia.

Malah ada juga menggesa agar rakyat di negara ini tidak lagi melayan sikap Ali yang sengaja ingin mencari publisiti kerana tertekan dengan hidup sebagai seorang pelarian.

Ali sebelum ini dilaporkan lari ke luar negara pada 2014 untuk mengelak dikenakan pendakwaan atas kesalahan menghasut.

Dia melarikan diri ke Sweden empat tahun lalu selepas ditahan kerana mengkritik kerabat diraja Johor.

Amnesty International Sweden dilaporkan memberi sokongan kepada Ali dan menasihatinya untuk mendapatkan suaka politik mengikut saluran undang-undang.

Dia ditahan, dibebaskan dan kemudian ditahan semula pada September 2014, kerana mempersendakan kesultanan Johor dan menggesa negeri beraja dimansuhkan.

Jabatan Imigresen kemudiannya bertindak membatalkan pasport Malaysia yang dimiliki oleh Ali. – SuaraTV

One thought on “Aktivis Politik Maki Hamun Agong, Raja Perlis Di Media Sosial

  • June 12, 2018 at 10:07 pm
    Permalink

    ALI NI WIRE SHORT CIRCUIT…. BERANI BALIK LAH BARU TAHU LANGIT TINGGI KE RENDAH. KAU KURANG AJAR BIADAP … BERAPA LAMA KAU NAK HILANGKAN DIRI…AKAL PENDIK, OTAK SENGET, BIUL, BINGUNG, MAK BAPAK KAU TAK MALU KER…MERENG KEMEMEH …BAGI DIA DUK DLM SARANG BUAYA BAGUS NI….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.