Singapura Bantah Permohonan Malaysia Semak Penghakiman Pulau Batu Putih

SINGAPURA – Singapura telah memfailkan bantahan semalam kepada permohonan Malaysia untuk menyemak semula penghakiman 2008 kedaulatan Pedra Branca (Batu Putih) kepada negara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar Negeri Singapura berkata, pemerhatian secara bertulis difailkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) merupakan “bantahan menyeluruh” dengan permohonan tersebut.

Malaysia telah mengemukakan semakan semula penghakiman pada bulan Februari lalu.

Kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah selepas ini, selepas ICJ menetapkan jadual untuk prosiding.

“Singapura yakin dengan kes ini dan pasukan perundangan kita,” kata kementerian itu.

Pasukan undang-undang republik itu diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang, S. Jayakumar, Duta Tugas-tugas Khas, Tommy Koh dan bekas Ketua Hakim Chan Sek Keong – tokoh terkemuka dalam pasukan asal kes Pedra Branca yang juga Peguam Negara, Lucien Wong.

Dalam Facebook, Menteri Luar Negeri Vivian Balakrishnan berkata: “kebijaksanaan, pengalaman dan bimbingan mereka tidak ternilai kepada peguam muda dalam pasukan.”

Malaysia telah memfailkan permohonan kepada ICJ untuk menyemak semula keputusan yang menyerahkan Pedra Branca kepada Singapura selepas menemui fakta baharu. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.