Warga Nepal Maut Dihempap Forklift

Kuala Lumpur – Seorang pemandu forklift warga Nepal maut dihempap kenderaan itu ketika mengundurkannya di sebuah kedai percetakan di Jalan Brunei, Pudu hari ini.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Insp Mohd Termizi Mues berkata dalam kejadian 8.30 pagi itu, Gajendra Lingden, 22, maut di tempat kejadian di hadapan kedai itu.

“Siasatan awal mendapati Gajendra hilang kawalan ketika mengundurkan forklift itu sebelum kenderaan itu terbalik dan menghempap kepalanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.