Rasuah RM4 Ribu : Z Merupakan Calon Untuk Jawatan Politik Di Selangor – Raja Bomoh

KEMASKINI : Kuala Lumpur – Beberapa akhbar arus perdana sebelum ini mendedahkan mengenai seorang pemimpin politik telah ditangkap kerana cuba mendapatkan rasuah sebanyak RM4000.00.

Hasil laporan tersebut, pihak kami menerima maklumat dari Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang mendakwa tangkapan tersebut melibatkan seorang pemimpin muda yang sedang bertanding jawatan politik parti itu di Selangor.

Menurut pengamal perubatan traditional itu tangkapan tersebut dibuat di salah sebuah restoran mamak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

“Dia merupakan pengurus besar di salah sebuah syarikat di Selangor.

“Dia minta rasuah sebanyak RM4000.00 sebagai balasan untuk melanjutkan tarikh tamat kontrak sebuah syarikat” ujarnya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Menurutnya tertuduh yang dikenali sebagai ‘Z’ itu telah ditahan oleh pihak SPRM Selangor pada 23 Mei pada pukul 4.45 petang.

Ibrahim turut berkata, parti politik tersebut baru-baru ini kecoh dengan isu pemilihan yang dikatakan penuh dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa sehingga memaksa Jawatankuasa Pemilihan mengantung pemilihan di beberapa kawasan.

“Buat masa ni, hanya itu yang boleh Datuk dedahkan, dia merupakan salah seorang calon yang sedang bertanding bagi jawatan Ketua di peringkat Pemuda.

“Berumur antara 34-35 tahun, dan namanya bermula dari huruf Z dan merupakan seorang Pengurus Besar.

“Disebabkan tidak berpuas hari, salah seorang kakitangan syarikat tersebut telah membuat aduan dengan pihak SPRM” ujarnya.

One thought on “Rasuah RM4 Ribu : Z Merupakan Calon Untuk Jawatan Politik Di Selangor – Raja Bomoh

  • May 25, 2014 at 4:08 am
    Permalink

    Mesti Zoro.. takkan Zakaria.. Woi bagitau la sapa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.