Mayat Dikebumi Bersama Motorsikal Kesayangan

Cita-cita seorang lelaki penggemar motorsikal berkuasa tinggi yang mahu jenazahnya dikebumikan bersama sebuah motorsikal kesayangan tercapai apabila hasrat itu disempurnakan oleh ahli keluarganya.

Billy Standley,82 yang menderita akibat penyakit barah paru-paru telah menghembus nafas terakhir pada Febuari lalu.

Billy Standley  yang berasal dari Ohio Amerika Syarikat semasa hayatnya merupakan peminat tegar motorsikal  antik dan berkuasa tinggi.

Mayat Billy Standley dikebumikan dalam kedudukan menunggang motorsikal  kesayangannya iaitu model Harley Davidson Electra Glide keluaran 1967.

Sebelum dikemumikan mayat Billy Standley  diawet setelah itu dipakaikan sut baju menunggang kulit,topi keledar serta cermin mata.

Manakala keranda khas lutsinar direka sendiri oleh dua anak lelakinya,Pete dan Roy.Sebelum dikebumikan jenazah Billy Standley ditempatkan dalam rumah selama seminggu bagi memberi peluang kepada  keluarga  dan rakan-rakan menziarahi.

Jenazah Billy Standley  dan keranda ditarik ketanah perkuburan dengan sebuah kenderaan pancuan empat roda anaknya.

 Jenazahnya dikebumikan bersebelahan dengan  kubur isterinya,Loma.Keranda Billy Standley  ditanam dalam satu lubang besar sebagai menunaikan hajatnya.

 Pete juga memberitahu,semasa bapanya masih hidup pernah beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan bersama motorsikal kesayangannya walaupun ada ahli keluarga membentah.Bapanya  juga pernah menyuarakan hasratnya kepada ibu,namun  ibu terlebih dahulu meninggal dunia.

Sementara itu,Adik pete,iaitu Roy memberitahu,”semasa hayat bapanya memang  peminat motorsikal berkuasa tinggi  sehingga memiliki 10 buah motorsikal sebagai koleksinya dan bapanya sanggup berbelanja lebih untuk memilikinya.Menurut Roy lagi,”Semasa hayat masa bapanya  banyak dihabiskan di bengkel motorsikal yang terletak disebelah rumah.

Pete dan Roy bercadang untuk menjual kesemua motorsikal milik ayahnya yang masih ada kerana tidak mahu teresa rindu setiap kali melihat motorsikal itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.