Buku Sekolah Papar Kisah Gay

Kuala Lumpur – Pihak berkuasa diminta lebih p eka dan mengambil tindakan segera bagi memantau kemasukan buku untuk bacaan kanak-kanak yang menjurus kepada mempromosikan perlakuan negatif yang boleh merosakkan norma masyarakat di negara ini seperti homoseksual kerana ia bukan melambangkan budaya hidup di Malaysia.

Apa yang lebih dikesalkan, buku sedemikian boleh dibeli di pesta buku antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun di negara ini, menunjukkan tiada sebarang pemantauan atau tapisan dibuat terhadap kemasukan buku kanak-kanak seperti itu, sama ada ia sesuai atau tidak dengan sensitiviti masyarakat.

Syarikat penerbit buku Ladybug Publishing and Distribution sekali lagi terheret ke kancah kontroversi penerbitan buku apabila didakwa menerbitkan dua buah buku cerita kanak-kanak yang mempunyai unsur-unsur hubungan homoseksual dan juga pedophilia terhadap kanak-kanak.

Buku berbahasa Inggeris yang berjudul ‘Alfie’s Home’ dan sebuah cerita pendek berjudul ‘Daddy’s Roomate’ yang ditulis oleh Micheal Wilholte itu dikesan oleh pembaca buku tersebut mempunyai unsur-unsur hubungan gay dan hubungan seksual dengan kanak-kanak.

Pembaca-pembaca menyedari kandungan tersebut telah memuatnaik kandungan buku tersebut di lama sosial dan menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat perkara tersebut.

Sementara itu, Syarikat Ladybug Publishing and Distribution dalam laman Facebooknya pada hari ini telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa syarikat itu menerbitkan kedua-dua buah buku cerita kanak-kanak tersebut.

Satu laporan polis juga akan dibuat berhubung perkara tersebut.

Syarikat tersebut sebelum ini dikritik kerana menerbitkan dua buah buku pembelajaran pra-sekolah termasuk sebuah buku bertulisan jawi yang memaparkan contoh-contoh yang kurang sesuai bagi pembelajaran kanak-kanak sehingga menyebabkan beberapa ribuan cetakan buku keluarannya itu terpaksa ditarik dan dikaji semula oleh KDN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.