Bekas Pelumba Moto3 Negara Maut Kemalangan

Kota Tinggi – Bekas pelumba Moto3 negara, Husni Aizat Abdul Malik maut dalam satu kemalangan di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sangat, Kota Tinggi dekat sini pada pukul 8.30 pagi ini.

Mangsa yang berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas semasa melalui selekoh di jalan itu lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori.

Husni Aizat yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dikatakan dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang ke Felda Air Tawar 1 dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.