ABPBH 2013 : Zed Zaidi Tak Puas Hati ‘Orang Luar’ Menang

Kuala Lumpur – Dengan kemenangan pelakon Aaron Aziz merangkul anugerah Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) semalam, agak-agaknya apa komen Zed Zaidi ya?

Sebabnya, jika anda masih ingat, dua tahun lalu dia pernah mempertikaikan kemenangan pelakon kelahiran Singapura itu atas kemenangan yang sama pada ABPBH 2011.

Ternyata Zed Zaidi masih lagi menyimpan ‘dendam’ lama apabila dia sekali lagi mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Twitternya semalam, seolah-oleh merujuk kepada perkara itu.

Biarpun dia tidak menyebut nama sesiapa, kami yakin 100 peratus status tersebut memang ditujukan kepada Aaron.

Hai, entahlah! Kalau itu pilihan peminat industri seni di Malaysia, rasanya Zed Zaidi patut menerimanya secara positif dan terbuka.

Rasanya, orang ramai bukan memilih sebab negara kelahiran, sebaliknya kerana bakat dan aura yang ditunjukkan oleh seseorang pelakon itu, betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.