“Saya tak tuduh Dr Mahathir tidak lepas aset Umno, betulkan ejaan nama jika ikhlas” – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menandatangani surat pelepasan tanggungjawab sebagai pemegang amanah aset milik parti itu.

Zahid berkata, parti itu menghargai dan berlapang dada jika bekas perdana menteri berkenaan benar-benar ikhlas menyerahkan semula tanggungjawab sebagai pemegang amanah aset Umno.

“Saya tidak pernah menyebut nama beliau. Apabila ditanya wartawan, saya sebut seseorang (berhubung status tandatangan pindah milik tanah Umno).

“Jika benar beliau ikhlas, tentunya kalau ada masalah teknikal contohnya seperti ejaan nama dan sebagainya, boleh diperbaiki.

“Kita (Umno) tidak ada sebarang masalah. Jika mana-mana pemegang amanah ikhlas menyerahkan semula apabila tempoh jawatannya selesai, kita terbuka hati dan berlapang dada,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santuni Kasih Syawal bersama Orang Asli lapor FMT di Tapah pada Jumaat.

Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno sebelum ini dilaporkan berkata, tak timbul beliau tidak mahu melepaskan harta parti kerana beliau tandatangan surat akuan bagi permohonan kebenaran untuk pindah milik harta, bertarikh 27 Okt 2015.

Surat akuan itu, ditandatangani oleh beliau dan tiga pemegang amanah lain, dinyatakan dalam afidavit sokongan kepada saman yang difailkan oleh Umno, katanya.

Zahid sebelum ini dipetik Berita Harian sebagai berkata, seorang daripada empat pemegang amanah masih belum menandatangani dokumen pemindahan milik sebidang tanah di Kuala Lumpur.

Menurutnya, firma guaman menghantar surat kepada individu terbabit untuk melepaskan pegangan itu tetapi individu itu masih belum berbuat demikian sehingga kini.

Sehari sebelumnya, media melaporkan Umno memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepadanya.

Menurut laporan, pemilik geran didaftarkan atas nama pemegang amanah iaitu Dr Mahathir, Tun Musa Hitam, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, dan Allahyarham Sanusi Junid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat