Facebook Kaji Taip Status Guna Otak

LAMAN sosial paling popular, Facebook, mendedahkan beberapa projek ‘luar biasa’ yang sedang dirancang mereka dalam Persidangan F8 di San Jose, California.

Menurut NBC, projek-projek tersebut bakal menyaksikan teknologi baharu diadaptasi untuk membolehkan interaksi yang lebih berkesan dengan pengguna.

Antara pembaharuan luar biasa yang dimaksudkan ialah menaip status tanpa perlu menggunakan jari, sebaliknya, hanya menggunakan otak.

“Bagaimana keadaannya jika anda boleh menaip hanya dengan memikirkannya di dalam otak?

“Hebat bukan? Jangan terkejut kerana kami sedang berusaha untuk merealisasikannya,” kata Regina Dugan, Naib Presiden Building 8, yang merupakan kumpulan jurutera perkakasan (hardware) di bawah Facebook, lapor Awani.

Menurut Dugan, kumpulan mereka kini dianggotai oleh 60 jurutera terbaik yang sedang menjalankan pelbagai uji kaji.

Jika ia menjadi kenyataan, teknologi itu akan menjadikan penulisan status lebih cepat daripada biasa.

Tambah Dugan lagi, teknologi ini akan menggunakan kuasa pengkomputeran yang sangat besar melalui otak manusia, yang boleh menyalurkan 40 buah filem berdefinisi tinggi pada bila-bila masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.