Proses Penamaan Calon PRN Sarawak Sedang Berlangsung

KUCHING – Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka 9 pagi Isnin.

 

Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.

 

Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.

 

Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

 

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April.

 

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.