Proses Penamaan Calon PRN Sarawak Ditutup 10 Pagi

KUCHING – Proses penamaan calon di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 hari ini berjalan lancar.

 

Proses penamaan calon berlangsung selama sejam bermula 9 pagi ditutup tepat jam 10 pagi.

 

Ketua Menteri. Tan Sri Adenan Satem yang bertanding di kerusi DUN Tanjung Datu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR, Jazolkipli Numan.

 

Kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN ditandingi.

 

Pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.

 

Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

 

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April.

 

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.