PRN Sarawak: PAN Lawan PAS Di Lima Kerusi DUN

KUCHING – Parti Amanah Negara (PAN) yang pertama kali menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini meletakkan sekurang-kurangnya lima calon mereka di kerusi yang ditandingi calon PAS.

 

Pertandingan tiga penjuru di kerusi yang disandang BN itu melibatkan N.29 Beting Maro, N.27 Sibuyau, N.24 Sadung Jaya, N.16 Muara Tuang dan N.7 Samariang.

 

PAN yang merupakan parti serpihan PAS dilaporkan bertanding di sekurang-kurangnya 13 kerusi DUN dalam PRN ini.

 

Analisis awal juga menunjukkan PKR yang merupakan sekutu PAN dalam Pakatan Harapan (PH) turut bertembung dengan calon PAS di empat kawasan membabitkan DUN N.04 Pantai Damai, N.67 Jepak, N.72 Lambir dan N.60 Kakus.

 

Ramai penganalisis politik melihat PRN Sarawak Ke-11 ini sebagai pesta tikam menikam sesama pembangkang berikutan perbezaan kepentingan dan tiada kesepakatan antara mereka. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.