BN Menang Tanpa Bertanding DUN Bukit Sari

KUCHING – BN melangkah bergaya dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 Sarawak kali ini apabila calonnya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bagi kerusi N82 DUN Bukit Sari meraih kemenangan tanpa bertanding.

 

Sehingga tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi dilaporkan hanya calon dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang mewakili BN itu sahaja menghantar borang penamaan calon.

 

Semasa pengumuman calon PKR baru-baru ini, parti itu mengumumkan akan meletakkan calonnya, Jamal Ibrahim untuk mencabar BN di kerusi tersebut.

 

Pada PRN Sarawak 2011 yang lepas, Awang Tengah mempertahankan DUN Bukit Sari dengan majoriti 5,063 undi mengalahkan calon PKR, Japar Suyut yang mendapat 955 undi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.