Saya Anak Jantan, Tak Akan Suruh Macai Jatuhkan Presiden – KJ

PERMATANG PAUH – Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin menafikan wujudnya sebarang gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden.

 

Beliau ketika ditemui berkata isu tersebut hanya bertujuan untuk melaga-lagakan Pergerakan Pemuda dengan Presiden.

 

“Laporan wujudnya gerakan untuk jatuhkan Presiden Umno yang dimulakan oleh Naib saya Azwan adalah tak benar sama sekali dan perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan.

 

 

“Saya melihat ini adalah usaha untuk melagakan Presiden dengan Pemuda Umno sebab ia mempunyai implikasi bahawa ia bermula dari Pemuda dan saya pun tahu tentang gerakan tersebut” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di tempat penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

 

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, dakwaan tersebut merupakan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu memecahkan perpaduan pemimpin Umno terutamanya Presiden.

 

“Pemuda dah nyatakan sokongan tak berbelah bahagi pada Presiden mungkin dalam mesyuarat tertutup kita ada bincang isu nasional tetapi itu tak bermakna kita tak sokong Presiden… apa salahnya kita bincangkan isu nassional di mesyuarat tertutup.

 

“Saya tak ambil sikap baling batu sembunyi tangan, kalau tak sokong Presiden saya akan cakap sendiri. Saya anak jantan dan tak akan minta macai-macai saya buat gerakan, kalau saya nak buat sesuatu saya tak akan minta orang saya (atau) naib dan Exco buat kerja macam itu, saya akan buat sendiri” ujarnya lagi.

 

Beliau turut berkata berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun berhubung isu tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.