Sam Bunkface Sah Bergelar Suami Aida Azira

PUTRAJAYA – Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.24 pagi, Sabtu.

 

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi dan berwakil walikan abang pengantin perempuan, Azree Husin.

 

Pada majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan, di sini, Sam menyerahkan masa kahwin berjumlah RM1,000 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

 

Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barang hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung.

 

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas 3 dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

 

Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan itu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

 

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2014.

 

Pasangan berkenaan terus mengadakan majlis resepsi bagi pihak lelaki di lokasi yang sama selepas sahaja selesai akad nikah majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 Mei di Masjid Tanah, Melaka. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.