Empat Penjuru Di PRK Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM – Kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bermula dengan menyaksikan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi panas itu.

 

Dua calon utama menawarkan diri bertanding ialah daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Selain itu pilihan raya yang akan diadakan pada 7 Mei ini turut menyaksikan dua calon tampil menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas.

 

Dua yang berkenaan ialah Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.

 

Bagaimanapun Dr Abdullah Zawawi yang turut hadir ke Pusat Penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini menarik diri pada saat-saat akhir walaupun telah menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.

 

Pengesahan pencalonan keempat-empat calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.