Dr Mahathir Sedia Bekerjasama Bantu Kuatkan UMNO

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kepimpinan sedia ada bagi memulihkan Umno sebelum pilihan raya umum akan datang.

 

“Kita mempunyai dua tahun setengah lagi untuk pilihan raya umum. Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita boleh pulihkan Umno dan juga parti rakan-rakan kita daripada masyarakat Cina dan India.

 

“Kita mesti bekerjasama antara kita supaya Umno dapat dipulihkan semula,” katanya pada majlis ‘Bicara Negarawan – Menyentuh Isu-isu Semasa’ di sini.

 

Dr Mahathir berkata selepas beliau meletak jawatan pada 2003, BN menang 90 peratus kerusi dalam pilihan raya umum berikutnya pada 2004.

 

“Tapi empat tahun selepas itu pada 2008, kita kalah lima negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah) dan satu Wilayah (Kuala Lumpur), jadi untuk pulih semula kena ada bantuan daripada orang-orang berpengalaman,” katanya.

 

Dr Mahathir berkata, kepimpinan parti juga harus berusaha menggembleng tenaga dan kepakaran untuk memulihkan semula kekuatan parti.

 

Ketika ditanya sama ada beliau berhasrat kembali ke arena politik, Dr Mahathir berkata masanya sudah berlalu.   – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.