Engku Emran Masih Tidak Putus Asa, Pujuk Erra Fazira

Meskipun bagai ditolak hasrat murninya oleh Erra Fazira, namun nampaknya Engku Emran seolah tidak berputus asa. Hashtag #prayformomandayah tetap diteruskan demi kegembiraan anak tersayang dan kenangan lampau yang mencuit perasaan.

Terkini, Emran dilihat telah memuat naik foto kenangannya bersama Erra di laman sosial miliknya. Menurut Emran, gambar-gambar itu ditemui selepas dia membuka kotak yang mengandungi gambar-gambar lamanya bersama bekas isterinya itu dan ramai lagi.

Gambar itu dilengkapi dengan ‘caption’:

Engku Emran

“Circa 2006… #silajangansebargossipataufitnahsayacumasedangkeluarkangambar2lamadalamkotak…Top: me and Ellapajila otw back frm KK after Suria FM show…below: me and Ellapajila at Secret Recipe Warisan Square KK during the same trip…”

Bagaimanapun, Emran awal-awal lagi mengingatkan agar tidak ada pihak yang cuba membuat sebarang spekulasi mengenai gambar tersebut.

Tapi, rasanya peminat pun sudah faham dengan niat murni Emran dan kebanyakan mereka meninggalkan komen dengan ‘hashtag’ #prayformomandayah, simbolik kepada usaha menyatukan semula pasangan itu.

Apa-apa pun, kami doakan yang terbaik untuk kedua-duanya demi kebahagiaan puteri tunggal mereka, Engku Aleesya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.