Skim Harga Maksimum kuat kuasa 24 Mac – 7 April

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan berkuat kuasa 24 Mac hingga 7 April ini, terus dipatuhi semua pihak.

Ini penting bagi menjamin suatu tempoh yang wajar dan mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan komuniti peniaga.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah penentuan harga ini dibuat setelah mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan berkaitan dan pemain-pemain industri.

“Perdana Menteri sendiri akan turun padang mengadakan tinjauan harga barangan terkawal terkait skim Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), lantas melihat sendiri situasi di bawah supaya peraturan-peraturan dilaksanakan termasuk meletakkan tanda harga bagi barang kawalan selain pengguna juga dapat menikmati harga yang berpatutan di musim perayaan.

“Perdana Menteri juga mengarahkan KPDN terus bekerjasama dengan KPKM dalam hal ini selain kedua-dua kementerian juga diarah menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang musim perayaan sentiasa
mencukupi.

Susulan itu kata Tunku Nashrul, para pengguna juga dinasihatkan untuk terus membuat laporan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang permasalahan terkait harga barangan sepanjang musim perayaan ini.

Dalam hal berasingan beliau memaklumkan, telah mengarahkan agensi dan pihak terlibat, supaya segera turun padang membantu pengurusan pasca banjir bagi meringankan beban ditanggung mangsa banjir dalam membersihkan kediaman, khususnya menjelang kehadiran Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Mengambil kira situasi di Johor dan Sabah, yang kini beransur pulih, seharusnya semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan sektor swasta, menggembleng tenaga membantu mempermudahkan kesulitan dihadapi mangsa banjir ekoran bencana tersebut sehingga membawa kepada kerosakan harta benda, aset termasuk persiapan Aidilfitri yang telah disediakan sebelum ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat