Pemimpin PKR Pertikai Nurul Izzah Kecam Dr Mahathir

KUALA LUMPUR — Pemimpin PKR mengkritik perbuatan Nurul Izzah Anwar mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad melalui media Singapura ketika ada pelbagai isu serius melibatkan negara tersebut.

“Masa, ruang dan cara ia disampaikan, semuanya salah,” kata peguam N Surendran tanpa menyebut nama sesiapa tetapi beliau dipercayai merujuk wawancara ahli parlimen Permatang Pauh dengan Straits Times.

“Di tengah-tengah pertikaian perjanjian air dan konflik wilayah yang serius, seorang pemimpin terkenal Pakatan Harapan menggelar perdana menteri sebagai ‘bekas diktator yang mengakibatkan banyak kerosakan’ dalam wawancara dengan akhbar Singapura”.

“Adakah ini boleh diterima?” kata Surendran di Twitter malam ini.

Is this acceptable? In d middle of d escalating water agreement dispute & a serious ongoing territorial conflict, a prominent PH MP calls d PM a ‘former dictator who wreaked so much damage’ in an interview to a leading S’pore daily. The timing, platform & manner is all wrong. https://t.co/TUr8SzinI7

— N.Surendran (@nsurendrann) 24 March 2019

Dalam wawancara tersebut, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengeluh dengan perkembangan politik di Malaysia yang dianggapnya sebagai “huru-hara”.

Pada wawancara sama, beliau juga ada menyebut kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Dr Mahathir, seteru lama bapanya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.