Dua Doktor Pelatih Dipecat, Berswafoto Dengan Kaki Pesakit

Dua doktor pelatih telah dipecat dan berdepan dengan siasatan selepas berswafoto dengan kaki seorang pesakit yang telah dipotong.

Gambar itu dimuatnaik dalam Twitter oleh salah seorang daripada doktor pelatih itu, yang dinamakan sebagai Carolina Dominguez Garcia, 24.

Selain itu, Carolina turut memuatnaik sekeping lagi gambar yang menunjukkan dia memegang kepingan perut seseorang.

Susulan itu, pihak berkuasa di Monterrey, utara Mexico, telah bertindak balas dengan meminta kedua-duanya keluar dari klinik di mana mereka bertugas dan turut membuat aduan secara rasmi dengan mahkamah.

“Disebabkan dua pelatih yang memuatnaik gambar tidak wajar itu, ia bagaimanapun tidak akan menghalang kami daripada memberikan pengiktirafan kepada 12,000 pelatih dengan institut ini,” kata pengarah Institut Keselamatan Sosial Mexico, Mikel Arriola.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!