Tragedi Pesawat Germanwings: PM Ucap Takziah

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada penumpang dan anak kapal penerbangan Germanwings Airbus yang terhempas di Perancis, semalam.

 

“Ingatan dan doa saya bersama anggota keluarga dan rakan-rakan yang menaiki Penerbangan 4U 9525 Germanwings,” katanya melalui catatan terbaru dalam Twitter hari ini.

 

Jet penumpang terbabit terhempas berhampiran kawasan gunung di French Alps, meragut nyawa kesemua 150 penumpang pesawat itu termasuk 16 kanak-kanak sekolah. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.