Polis Akan Panggil Pengarang Laman Berita DAP – Ketua Polis

Kuala Lumpur – Polis akan memanggil pengarang Roketkini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semalam, selepas organ rasmi DAP itu berkongsi satu artikel di Twitter menuduh polis menjadi “pak turut” Umno.

 

Khalid yang sebelum ini dikritik hebat kerana menggunakan Twitter dalam tugas kepolisannya, sekali lagi menggunakan saluran media sosial itu mengumumkan yang polis mahu pengarang Roketkini membuktikan tuduhan yang dibuatnya.

 

“Elok lah @roketkini hentikan Fitnah dan Hasutan begini. @PDRMsia akan panggil Editor utk kemuka bukti tuduhan ini,” menurut tweet yang dikirim Khalid beserta dengan “screenshot” tweet Roketkini.

 

Tweet Roketkini itu dihubungkan dengan satu artikel bertajuk: “Demo anti-GST: Sampai bila Polis nak jadi ‘pak turut’ Umno?”

 

Artikel itu memetik Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sebagai berkata, tanggungjawab kerajaan ialah untuk mendengar masalah rakyat, bukan mengarahkan polis menangkap individu yang menentang ketidakadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.