Pemain Bola Tampar AS Bakal Suami Lana Nordin

KUALA LUMPUR – Pelakon Lana Nordin bakal melangsungkan pernikahan dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), David McKienzie pada 15 Mei 2015.

 

Pengumuman itu sekaligus menamatkan segala spekulasi tentang siapakah bakal suami Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 35.

 

Lana memberitahu, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie memeluk agama Islam pada 5 Disember tahun lalu.

 

“Ia hadiah hari jadi yang paling istimewa yang pernah saya terima apabila Mohd Daud memeluk Islam,” katanya.

 

Pernikahan dan perkahwinan pasangan itu dijangka akan diadakan di Hotel Istana dan akan diuruskan oleh Bill Bora dan aktres Lisdawati sebagai perancang perkahwinan.

 

Terdahulu, Lana pernah bercinta dengan aktor Johan As’ari dan pernah merancang untuk berkahwin sebelum mereka berpisah selepas sebulan bercinta.

 

Lana kemudiannya dikaitkan dengan mempunyai hubungan dengan aktor baharu iaitu Mas Khan. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.