PAS Pelik Dengan Sikap DAP

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas mengakui hairan dengan ahli politik bukan Islam khususnya DAP yang menolak pelaksanaan hudud, sedangkan kebanyakan ahli perniagaan dan kontraktor bukan Islam di negeri ini didakwa menyokong pelaksanaan perundangan syariah itu.

 

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, mereka juga faham bahawa pelaksanaan hudud mendatangkan kegerunan kepada mana-mana pihak untuk melakukan jenayah sehingga ada yang berharap hukuman hudud dapat direalisasikan.

 

“Pemilik pasar raya besar ada yang beritahu saya, banyak kejadian curi berlaku di premis mereka dan ada yang tidak dapat ditangkap. Kejadian berlaku hampir tiap-tiap hari. Begitu juga dengan kontraktor yang turut bersetuju dengan hudud.

 

“Yang tidak setuju adalah DAP. Sebab itu saya hairan dan ahli perniagaan yang menyokong itu bukan calang-calang, ada berjawatan datuk. Sehinggakan mereka berkata kalau hudud dilaksanakan sudah tentu tiada lagi kejadian curi berlaku di pasar raya mereka,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.