Nahas Airbus Germanwings: 16 Pelajar Sekolah Antara Yang Maut

Seyne-Les-Alpes – Enam belas pelajar sekolah yang terlibat dalam program pertukaran pelajar Sepanyol adalah antara penumpang yang menjadi manggsa nahas pesawat Airbus Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis, lapor BBC.

 

Kumpulan itu yang termasuk dua orang guru adalah dari sekolah Joseph-Koenig di Haltern, barat Jerman.

 

“Ini adalah situasi yang paling teruk untuk dibayangkan,” kata Datuk Bandar, Bodo Klimpel pada sidang media.

 

Semua 150 penumpang pesawat Airbus Germanwings yang dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf dianggap meninggal dunia.

 

Kebanyakan pelajar yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang berumur kira-kira 16 tahun, menurut seorang pegawai.

 

Sekolah itu dilaporkan tetap dibuka pada Rabu, tetapi tidak mengadakan kelas bagi pembelajaran seperti biasa, sebaliknya, pelajar akan diberi “peluang bercakap mengenai kejadian dahsyat ini”.

 

Kumpulan pelajar yang terkorban dalam nahas udara itu mengambil bahagian dalam program pertukaran pelajar selama seminggu di sebuah sekolah di Llinars de Valles, berhampiran Barcelona.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.