Malaysian Insider Fitnah Majlis Raja-Raja – Asyraf Wajdi

Kuala Lumpur – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa portal The Malaysian Insider kembali mempromosikan fitnah apabila mendakwa Majlis Raja-Raja menolak Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

 

Beliau ketika dihubungi SuaraTV berkata portal tersebut perlu berhenti menyebarkan fitnah dan menarik kembali artikel tersebut yang disifatkan bertujuan untuk memecah-belahkan umat

 

“Ini bukan kali yang pertama portal tersebut melemparkan fitnah dan saya mengesa agar artikel tersebut di tarik serta merta.

 

“Saya difahamkan mesyuarat tersebut tidak pernah membincangkan berkenaan perlaksanaan hudud” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Terdahulu portal pro pakatan rakyat itu mendakwa mesyuarat Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang diadakan pada 11 Mac lalu menolak cadangan pindaan Akta tersebut.

 

“Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

 

“Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah” ujar portal yang memetik kenyataan sumber.

 

Terdahulu Dr Asyraf melalui akaun Facebook mendakwa mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hanya membincangkan isu menaik taraf Mahkamah Syariah.

 

“Majlis Raja-Raja tidak pernah pun membincangkan berkenaan dengan perlaksanaan Hudud, apatah lagi untuk menolaknya.

 

“Yang dibincangkan hanyalah berkenaan menaik taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat” tulisnya di laman Facebook sebentar tadi.

 

Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dalam sidang DUN walaupun mendapat tentangan daripada rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.