Encik Sotong Mengamuk: ‘2 Manusia Ni Patut Direjam Sampai Lunyai’

Aktor popular, Sharnaaz Ahmad, 30, marah terhadap tindakan sepasang suami isteri dipercayai berasal dari Singapura apabila sewenangnya menipu duit orang ramai menggunakan namanya untuk sebuah acara bertemu peminat di negara itu pada 27 Mac ini.

 

Lebih membuatkan pelakon drama bersiri Suamiku Encik Sotong itu berang kerana kononnya wang hasil kutipan penjualan tiket akan disalurkan ke rumah kebajikan kanak-kanak Pertapis.

 

Menerusi laman Instagram miliknya semalam, Sharnaaz memuat naik gambar pasangan pasangan suami isteri sekaligus memberi amaran.

 

Dia juga memaklumkan kepada peminat mengenai acara berkenaan yang diadakan di Singapura adalah palsu.

 

“2 manusia ni patut direjam sampai lunyai!!! Jaga-jaga dengan penipuan 2 ekor ni.

 

“Event (acara) di Singapura itu adalah palsu. Tujuan mengaut keuntungan. Familia (gelaran peminat) Singapore sila berhati-hati,” katanya.

 

Difahamkan ramai peminat di sana terpedaya dengan tindakan dua orang yang tidak bertanggungjawab itu malah, ada yang sudah mengambil cuti semata-mata ingin menghadiri acara itu dengan harapan dapat berjumpa dengan Sharnaaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.