Asus Lancar Transformer Book T300 Chi

Kuala Lumpur – Asus Malaysia mengumumkan ketibaan peranti komputer riba 2-dalam-1 terbaru, Asus Transformer Book Chi.

 

Apa yang menarik, rekaan fizikal peranti ini sangat nipis, dan turut diklasifikasi oleh Asus sebagai komputer riba yang paling nipis berasaskan Windows di pasaran, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihaknya.

 

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core M, peranti ini memberikan prestasi yang pantas dan kebebasan untuk melakukan kerja-kerja seharian atau berhibur, dengan lebih mudah alih.

 

Lebih kompak, peranti ini dilengkapi dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan menjadikannya mudah alih serta menambahkan fleksibiliti ketika digunakan.

 

Diseliputi daripada bahan aluminium, rekaannya elegan pada skrin berukuran 12.5 inci dengan paparan IPS beresolusi HD penuh dengan teknologi ASUS TruVivid yang menakjubkan.

 

Penggunaan teknologi audiot ASUS SonicMaster pula memberikan peranti ini kelebihan dari segi kualiti bunyi.

 

Kejuruteraan perisian yang unggul menawarkan kepada pengguna kualiti bunyi yang lebih jelas, respons frekuensi sepenuhnya dan kedap gangguan bunyi.

 

Sementara itu, peranti ini kini tersedia dan boleh didapatkan di pengedar Asus terpilih pada penghujung Mac dengan harga cadangan jualan, RM3,199.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.