67,389 Peserta FELCRA Terima Dividen Mulai Esok

CHUKAI – Seramai 67,389 peserta FELCRA di seluruh negara akan menerima agihan dividen, mulai esok.

 

Pengagihan itu membabitkan keuntungan hasil ladang FELCRA berjumlah RM305 juta bagi tahun 2014.

 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata, keuntungan itu diperoleh menerusi hasil tanaman kelapa sawit, getah dan padi.

 

“Keuntungan bagi tahun 2014 berkurangan sedikit berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM380 juta.

 

“Kekurangan itu berikutan FELCRA melaksanakan projek tanaman semula kelapa sawit dan getah di kawasan seluas 22,000 hektar yang membabit kos RM70 juta.

 

“Bagaimanapun, FELCRA masih mampu memberi dividen yang menarik kepada pesertanya,” katanya.

 

Beliau berkata, sejumlah RM120 juta sudah diagihkan kepada peserta pada Mei dan Disember tahun lalu. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.