Lelaki OKU Gagal Dapat BSH RM100 Akhirnya Terima Bantuan Orang Awam

KUALA TERENGGANU – Kisah seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang didedahkan akhbar Utusan Malaysia dan tular kerana isu Bantuan Sara Hidup (BSH) baru-baru ini, mula mendapat perhatian dan pembelaan daripada orang awam.

Seramai empat anak muda dari Kemaman semalam tampil menghulurkan bantuan sebanyak RM450 kepada Ishak Awi, 59, sebagai ‘pengganti’ kepada BSH bujang bernilai RM100 yang dikatakan layak diterima lelaki berkenaan.

Mereka adalah Mohd. Zammil Mohd. Zuslaini, 37; Mohd. Hanafi Rahman, 33; Mohd. Azizul Walik, 35 dan Mohamad Ezhar Hidayat, 26.

Wakilnya, Mohd. Zammil berkata, mereka terpanggil untuk membantu Ishak ekoran kecewa dengan sikap kerajaan yang seolah-olah mahu mengurangkan jumlah penerima BSH apabila mengenakan syarat yang ketat di samping pengurangan peruntukan berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.

“Kalau kerajaan tak mahu bagi kerana golongan ini tak memenuhi kriteria baharu ditetapkan tak apa lah, Insya-Allah ada insan atau organisasi yang mengambil berat tentang keperitan meraka.

“Dengan cara ini secara tidak langsung kita mahu menghantar mesej kepada kerajaan jika gagal membela nasib golongan memerlukan jangan terkejut sekiranya ada pihak lain yang bangkit membantu mereka yang tersisih,” katanya kepada Utusan Online, di sini semalam.

Kelmarin, Ishak yang kudung kedua-dua belah kaki di samping cacat tangan kiri sejak lahir mengesahkan tidak berhasrat untuk memohon bantuan itu lagi selagi jumlah yang layak diterimanya kekal RM100. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.