Video Samsung Galaxy S9 Bocor Sebelum Perlancaran Rasmi

KUALA LUMPUR – Sepatutnya pelancaran Galaxy S9 dan Galaxy S9 Plus dijadual berlangsung di Samsung’s Galaxy Unpacked 2018 diadakan di Barcelona, Sepanyol hari ini, namun beberapa media melaporkan video pelancarannya telah pun ‘bocor’ di Internet 24 jam lebih awal.

Laman web Forbes melaporkan, video berdurasi tiga minit itu diletakkan secara tidak sengaja di laman web rasmi Samsung.

Walaupun pihak pengurusan menyedari kesilapan itu dan menarik balik, namun ia agak terlewat kerana sesetengah pihak telahpun membuat salinan dan meletakkannya di laman Youtube masing-masing.

Menggunakan slogan “The Phone. Reimagined”, apa yang menarik mengenai produk terbaharu Samsung itu, ia masih seakan-akan sama dengan Galaxy S8, namun terdapat ciri-ciri yang menjadikannya lebih ke hadapan.

Sebagai contoh, ia bakal menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan kamera dwi-apertur (F1.5 dan F2.4)

Ia turut dilengkapi dengan ‘enhanced biometrics, iaitu kombinasi pengenalan wajah dan sensor iris bagi membolehkan pengguna membuka kunci telefon dengan lebih pantas dan selamat, selain pengekalan sensor cap jari di bahagian belakang.

Dalam video itu, S9 dan S9 Plus juga bakal menonjolkan ciri-ciri kalis air, gabungan pasangan aplikasi screen, dan juga sistem terjemahan secara langsung melalui aplikasi kamera, yang dikatakan seakan-akan Google Translate.

Galaxy S9 dilaporkan berharga €847 (RM4,636.50) manakala Galaxy S9 Plus pula €997 (RM5,457.60).

Bagi penggemar dunia teknologi yang ingin melihat pelancarannya secara langsung, boleh berkunjung ke https://news.samsung.com/global/how-to-watch-samsung-galaxy-unpacked-2018-from-anywhere-in-the-world.

Apa-apa kita tunggu sahaja pelancaran rasmi telefon pintar itu nanti. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.