Tunku Idris Bidas Individu Jadikan Tragedi Basikal Isu Perkauman

JOHOR BARU – Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim membidas sebilangan individu yang menggalakkan orang lain untuk berkumpul dan membantah pemandu terlibat dalam kemalangan lapan remaja berbasikal pada 18 Februari lalu.

 

Menerusi laman Instagramnya, Tunku Idris menggesa rakyat Johor supaya berhenti menyalahkan sesiapa dan tidak menjadikan insiden itu sebagai isu perkauman.

 

“Notis tidak masuk akal apa yang sedang berlaku di sekeliling sekarang? Adakah ini cara rakyat Johor yang bertamadun bertindak?, ” tulisnya.
Tambah Tunku Idris, beliau secara peribadi turut berdepan dengan gaya berbahaya sekumpulan remaja berbasikal di hadapan keretanya.
“Kepada keluarga yang kehilangan orang yang tersayang, saya minta maaf. Saya juga telah kehilangan ahli keluarga jadi saya tahu bagaimana anda rasa. Saya berharap anda dapat bertenang dan kekuatan pada masa yang sukar ini.

 

“Jangan kita menyalahkan ibu bapa dan menyalahkan pemandu wanita itu, (kerana) dia yang lebih berhak untuk berada di lebuh raya daripada anak-anak di bawah umur menunggang basikal tanpa topi keledar atau alat perlindungan yang lain,” katanya.

 

Beliau menggalakkan orang ramai untuk tampil mencari penyelesaian dengan cara yang lebih baik sekali gus mengelakkan insiden itu berulang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.