Tolak Rasuah Perlu Skil, Kata Abu Kassim



SHAH ALAM – Pusat Governance dan Integrity Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk merangka program khusus ‘Katakan Tidak Pada Rasuah’.

 

Juruperunding pakarnya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, program itu akan diberikan secara keseluruhan kepada pegawai jabatan itu yang berkemungkinan dimulakan dengan petugas di front liner.

 

“Kita sedang bekerjasama untuk menggubal satu program khusus kepada petugas di front liner ini, bagaimana mengatakan tidak kepada rasuah.

 

“Program ini lebih kepada dalaman, kerana ia merupakan satu kemahiran. Bukan mudah untuk hanya katakan tidak tanpa adanya kemahiran.

 

“Kaedah kendiri akan diterapkan dalam program ini, jadi kami telah kenal pasti kumpulan pakar yang akan memberikan latihan program ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 

Menurut bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, adalah sesuatu yang sukar untuk mengatakan tidak pada rasuah.

 

“Ia sangat sukar sebenarnya, perlukan kemahiran.

 

“Bukan katakan tidak sahaja. Itu yang kita kena tunjukkan, melalui value based person. Jika tidak, melalui hukuman (penjara),” katanya.-Sinar



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.