Syed Saddiq Sahut Cabaran Debat Pemuda Umno

SHAH ALAM – Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyahut cabaran Pemuda Umno untuk berdebat.

 

Namun beliau mencadangkan tajuk debat tersebut berkaitan isu rakyat seperti ekonomi, sosial dan tidak membincangkan tentang titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar terhadap Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed.

 

“Cadangan saya, tajuk “Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan yang Amanah”. Saya akan duduk di meja pembangkang. Topik tersebut boleh bincangkan tentang banyak isu yang dekat dengan hati rakyat. Saya berharap agar Pemuda Umno menyahut kenyataan ini.

 
“Kalau berani, sila tampilkan Ketua Pemuda Umno untuk berdebat dengan saya. Kalau tak boleh, Timbalannya pun boleh. Saya tak takut. Berani kerana benar,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Beliau turut berharap pihak Sinar Harian dapat menganjurkan debat tersebut.

 

Hari ini, Pemuda Umno menyokong titah Sultan Johor yang menyifatkan Mahathir sebagai pemimpin politik yang melampaui batas.

 

Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman dan Shahril Hamdan berkata, titah baginda itu bertepatan tatkala bekas perdana menteri itu terlalu lancang melemparkan tuduhan ke atas negeri Johor khasnya dan Kerajaan Pusat amnya.

 

Biro Pekerja Muda Pemuda Umno, Dazma Shah Daud bersama Sheikh Nafiq dan Shahril mencabar Syed Saddiq yang juga anak jati Bangsa Johor bersama dua lagi Exco Armada mengadakan debat terbuka mengenai isu ini.-SInar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.