Program Petrol Percuma Tak Guna Dana Kerajaan – Ku Nan

LABUAN – Kementerian Wilayah Persekutuan menafikan program pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal anjuran Pemuda Umno mengunakan dana kerajaan.

 

Menurut Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dana untuk menjayakan program tersebut ditanggung oleh badan bukan kerajaan (NGO).

 

“Saya tak faham kenapa kawan-kawan dari DAP khususnya ahli-ahli parlimen (pembangkang) dari Kuala Lumpur (bangkitkan isu) kononnya kami mengunakan duit kerajaan.

 

“Program ini tidak mengunakan duit kerajaan tapi merupakan dana dari NGO, Pemuda Umno (dan) duit parti langsung tak ada kena-mengena dengan duit kementerian atau DBKL untuk beri petrol percuma dan saya tidak akan lakukan perkara seumpama ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Labuan Go Green’ di sini sebentar tadi.

 

Menurut Tengku Adnan pihaknya hanya mengunakan dana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberikan perkhidmatan bas sekolah percuma buat anak-anak PPR (Projek Perumahan Rakyat).

 

“Yang saya lakukan ialah mengunakan dana dari DBKL untuk beri perkhidmatan bas percuma kepada penduduk kerana ia merupakan satu program CSR DBKL untuk beri balik pada masyarakat.

 

“Sambutan amat baik dan mengalakkan dan kita sedang mengkaji untuk kembangkan lagi program seumpama ini bagi membantu golongan pekerja khususnya mereka yang tinggal di PPRT.

 

Menurut Tengku Adnan lagi pihaknya akan sentiasa merangka pelbagai inisiatif lain dalam mengurangkan beban dan kos sara hidup. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.