Pemuda Umno Sifatkan Syed Saddiq Tin Kosong

 
SHAH ALAM – Pemuda Umno menyifatkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sebagai tin kosong yang kekeringan idea.

 

Dalam satu kenyataan bersama, Exco Pemuda Umno, Shahril Hamdan dan Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman berkata, Syed Saddiq sering menggunakan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB) sebagai modal ketika membangkitkan sesuatu isu.

 

“Taktik lapuk Syed Saddiq membangkitkan 1MDB untuk setiap isu lain yang ditimbulkan menunjukkan bahawa dia adalah tin kosong yang muflis idea.

 

“Syed Saddiq patut ukur baju di badan sendiri terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini, petik Sinar.

 

Dalam masa sama, turut meminta Syed Saddiq tidak memutar belit isu asal dibangkitkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tentang tohmahan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pembangunan Johor.

 

Tambahnya lagi, tidak ada keperluan bagi Syed Saddiq menyebut atau mengheret beberapa nama pemimpin dalam Umno seperti Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz tidak pernah menakutkan orang ramai dengan mencampuri urusan pembangunan negeri.

 

“Titah DYMM Sultan Ibrahim yang penuh berkias tetapi dengan jelas ditujukan kepada seseorang yang cuba membangkitkan isu pembangunan Forest City di Johor Bahru untuk mendapatkan sokongan rakyat.

 

“Siapa lagi yang pernah mengatakan “Melayu Mudah Lupa” tetapi seperti titah DYMM Sultan, beliau sendiri lupa tentang banyak perkara seperti pembangkang adalah musuh tetapi beliau sekarang duduk semeja dengan pembangkang, media barat suka mereka cerita tetapi sekarang beliau percaya bulat-bulat kepada media barat,” katanya lagi.

 

Dalam kenyataan sama, beliau yang mewakili Pemuda Umno turut menyatakan kesediaan untuk berbahas dengan Syed Saddiq.

 

“Kami Pemuda Umno mengalu-alukan terimaan cabaran debat oleh Syed Saddiq. Kami sentiasa bersiap sedia untuk berbahas dengan Syed Saddiq, bila-bila masa sahaja dan dimana-mana sahaja.

 

“Sehingga hari ini Syed Saddiq masih belum menyatakan pendirian terhadap projek Forest City dan tohmahan Tun Mahathir terhadap projek tersebut seperti Johor dijual kepada China, rakyat China akan diberi kewarganegaraan Malaysia dengan mudah dan diberi peluang mengundi di dalam PRU dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.