Pemuda Pas Sokong TMJ Kata Nik Abduh

 

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyokong cadangan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar tiada campur tangan politik dalam urus tadbir sukan bola sepak di negara ini

 

Nik Abduh Berkata, pemuda Pad menyokong usaha yang diusulkan TMJ demi kebaikan sukan negara.

 

“Kita menyokong usaha yang dibuat oleh TMJ dan dari dahulu Dewan Pemuda PAS jelas menyokong sebarang usaha yang membawa kebaikan dalam bidang sukan.

 

“Kita juga harap sukan bola sepak juga bebas daripada pengaruh istana,” kata Nik Abduh memetik program wawancara dikendalikan oleh TV Harap di tapak Himpunan Harapan Semua di Kampung Raja, Besut, Terengganu.

 
Mengulas lanjut, Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata Pemuda PAS juga memberi ingatan kepada golongan muda hari ini agar mengambil semangat kecerdasan dan kecergasan dari sukan itu sebagai satu manfaat kepada pembangunan sahsiah diri.

 

“Kita ambil semangat kesukanan, semangat pertandingan, ketangkasan dan kemahiran supaya dapat kita tingkat diri kita untuk lebih baik, bukan kita jadikan ‘sembahan’ kerana kita ada perkara yang lebih besar dan lebih hebat daripada itu,” tegasnya.

 

Perebutan jawatan presiden FAM semakin panas dengan tarikh pengundian pada kongres ke-53 badan itu semakin hampir.

 

Kerusi presiden FAM kini menjadi rebutan antara Tunku Ismail dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

 

Kedua-dua tokoh terbabit pernah saling berbalas hujah – sama ada secara langsung atau melalui sindiran – dalam beberapa isu.

 

 

Mengulas lanjut, Nik Abduh berharap pertandingan merebut jawatan dalam FAM berjalan dangan baik.

 

Katanya Annuar dan TMJ mempunyai rekod prestasi cemerlang membawa pasukan masing-masing dalam Liga Super.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.